Sunday, November 18, 2012
Hijrah...
Me perlu berhijrah...yuhuuuu(hihi sengal adabiha nih!)...untuk menjadi yang lebih baik...and jgk yang terbaik! supaya tahun baru islam ni menjadikan me antara org2 yang success dlm kehidupan and mendappat hidup yang lebih cemerlang dan diredhai olehNYA..
amin...
New Handbag!
Yuhuuu...hihi..mcm best je post title ni kan...new handbag..ape yg new eh?...em wanna share wif all of u..=) i got new handbag...tp blm dpt lg...maybe dlm 2 3 hari lg dpt k0t...xsabar nk jejalan dgn new handbag...huhu...
taraaaa....
hehe..ni la bag yg me bli tuh...cntek x?
if anda semua berkenan, boleh visit fb saya at:
Wednesday, November 14, 2012
Tahun Baru 1434 hijrah...
Salam tahun baru maal hijrah...emm apa azam tahun baru ni ek...me rasa me nk upgrade evrythings yg blh di upgrade termasuklah my life skali...org ckp from zero to infinty...hihi...me rasa me nak stat dr bwk balik...buat masa skrg ni me rasa me nk campak my degree jauh2...nk smpn dlu...dk diam2 dlm kotak 2..hihi...me ada apply khusus jahitan...if dapat me akan stat klas jahitan awal thn nnt kot...me nk timba ilmu dlm bdg jahitan pulak...agak jauh mnyimpang dari my study dulu2...tp itu utk nk upgrade me pny kemahiran..kalau Allah izinkan...apa yg me rancang akan berjalan dgn jayanya..segala impian and angan2 utk me bkerja me letak tepi dulu...if ada yg dtg,me grab...if xde me x kecewa sama skali...sbbnya skrg me xharap pn utk bekerja..(tp harapan tu tetap ada..sbb dr matrik smpi u lbh kurg 5thn me mngabdikn diri me dgn buku tu smua...hihi..BERKIRA)...n now me nk tutup smua buku2 lama...n me nk buka buku baru...dlm masa sthn akan dtg,me akan buktikan pd smua...insyaAllah..even nmpk mcm me ni eager sgt,tp xpe k0t...>,<
Monday, November 12, 2012
enough only once!!
“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?
Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya.
Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran. Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita.
Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.
Ingat!Pegang prinsip ini selalu ye ADABIHA…
Ketenangan yang dicari....
Di pagi hari, bangun mensucikan diri untuk solat subuh dan kemudiaannya berdoa dengan kusyuk dan tenang. Memohon dilimpahkan rahmat Allah kepada kita dan pasangan serta ahli keluarga. Lebih baik jika mampu bangun sebelum subuh memohon ampun membina kekuatan dalaman.
Jangan lupa lazimkan hati dengan zikir pagi yang diajar Rasul SAW, yang membawa kita merenung erti hidup bertuhan dan tidak lupa zikir memohon perlindungan dari godaan syaitan. Bukankah syaitan punya misi mengucar-kacirkan persaudaraan, meruntuhkan pernikahan...?
Jika hati kita kosong dari petunjuk tuhan, bersedialah menghadapi persengketaan yang dihembus syaitan yang berlegar di sekeliling kita. Jika ingin menegur kesilapan pasangan, berusahalah menegur dengan tenang. Jika timbul rasa marah dan tak puas hati dengan sesuatu isu, luahkan dan bincangkan dengan tenang.
Masalah hidup dan tanggungjawab tidak pernah habis. Namun dalam rumahtangga, harus diusahakan masa untuk sembang-sembang memberi perhatian dan memberi sentuhan yang menenangkan.
Ya, bukannya mudah untuk merasa tenang, bukannya mudah unuk ketenangan meliputi suasana rumahtangga kita. Tapi ia mudah dan selalu terjadi buat pasangan yang selalu mengikat hati dengan tuhan. Mempamer wajah yang tenang dengan senyuman kerana ia mengharap keredhaan tuhan. Melayani pasangan dengan baik, walaupun pasangan telah melukai hatinya, kerana ia memilih memaafkan kerana Allah.
Bagaimana sekalipun sikap keras pasangannya, dia tetap memilih kelembutan dan kesabaran kerana Rasul adalah teladan.Ia tidak mahu membalas dengan keburukan, kerana hatinya amat yakin, di akhir kehidupan, semua ini adalah urusannya dengan tuhan.Pasangannya hanyalah satu bentuk kurniaan dan ujian Allah.
Ayuh kita cipta ketenangan, dengan DIRI KITA SENDIRI yang memulakan memberi kemaafan, mencari sisi positif pasangan, memberi perhatian dan kasih sayang, membiasakan kelembutan dan kesabaran kerana kita sangat inginkan redha dan rahmat tuhan. Justeru, insan-insan yang memahami hakikat kehidupan, akan memperoleh ketenangan dalam pernikahan kerana Allah adalah tujuan, Rasul SAW menjadi suri teladan sepanjang zaman.
Mungkinkah ada cara lain mencipta ketenangan jika tuhan selalu dibelakangkan, bimbingan rasul tidak dititik beratkan..?
Sunday, November 11, 2012
Isteri Yang Diuji...(by Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah... Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah 'memperkenalkan' Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar...
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi... dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi 'sesuatu yang tidak baik' dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta... jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah 'bisikan' tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda... "aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!"
Saudara/i, pembaca... maafkan aku, ketika terlalu sibuk 'menguruskan' diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup... apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara... Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman...
Seorang Isteri yang Diuji
Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.
"Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami," luahnya perlahan.
"Sudah lama?"
"Baru sahaja... Sejak dua bulan yang lalu," katanya.
"Puan rasa kecewa, marah?"
"Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik."
"Jadi apa masalahnya?" tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
"Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak."
"Puan bertindak?"
"Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah."
"Alhamdulillah, kalau begitu... Jadi, apa masalahnya lagi?"
"Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini."
Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah... kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin 'didengari'. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.
"Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan," akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,"Jika puan tabah, tenang dan kelihatan 'steady', orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan 'bising' seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?"
"Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya," ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah 'rezeki'. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.
"Apa yang mendorong puan bertindak begitu?" tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
"Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita."
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar... Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.
"Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang... ujian poligami."
"Puan tidak rasa dieksploitasi?"
"Oh, tidak, "jawabnya dengan tegas, " tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri..."
"Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya," pintas saya.
"Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?" Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
"Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan."
"Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini," balasnya.
"Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi... apakah penyebabnya poligami?"
"Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz."
"Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba, dan sebab-sebab lain yang tidak syar'ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!"
"Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?"
"Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya."
"Sunyi juga. Terasa kehilangan."
"Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!"
"Saya akan kehilangan cinta suami?"
"Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah."
"Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya 'pelajar' yang sedang bermujahadah!"
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan... Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita... kerana bahagia itu ditempa oleh derita!
"Kekadang datang juga rasa cemburu... bagaimana?" kembali suara itu mengocak lamunan saya.
"Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?"
"Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran, dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu."
"Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri," dorong saya.
"Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji," ujar saya perlahan.
"InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan... jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!"
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?
Saturday, November 10, 2012
Holiday...
bila bercakap pasal holiday,mesti ramai yang suka pergi holiday kn...mana tak nya...bila dapat g holiday,dapat rehatkan badan yg dh sgt letih akibat drpd kekangan kerja...(walaupun me xkeje,hihi)...fulltime housewife pn blh dikatakan keje jgk sbb 100% keje kt umah me yg buat okeh!hehe...dah lama sgt me 1 fmly x g holiday...last g holiday aritu bln April thn ni..xdela g holiday sgt pn,g hbskn masa je kt shah alam 2 sambil2 melawat my sis yg dk kt sna...bila cakap g habiskan masa,duit pn akan ikut habis la..hehe...tp xpe,jarang skali dpt g holiday kn...aritu me 1 fmly wif my hensem en suami n my princess comel ni g jln2 kt i-city and wetworld shah alam...tibe2 nk flash back blik walaupun dh agak lama...dh basi pn cite me g holiday ni tp skrg bru nk post dlm blog ni sbb sblm2 ni xsmpt nk berblog bagai ni kn...skrg ada masa ckit utk blog ni..sbb my little bucuk alya dh bsar...dh blh main sorg2..smptla me nk ngadap laptop ni...hihi...emm nanti me story2 lg ye..
new year!!
hai all bloggers...
emm rasa macam nk share sumtin je...
it's all about AZAM BARU...
azam?even to0 early nk ckp2 psl azam ni.
tp rasanya xslh kot kn..hiihii..
lagipun skrg dh masuk 2nd last month for dis yaer..
ckp psl azam ni,me rasa utk azam dis year(2012), only half baru dpt di capai...
walaupun blm lagi dicapai sepenuhnya...
tp td tgh2 dok nk tdokn my little gurl bucuk ni..
tetiba me got idea..
utk turn my life 360 degree..hihi..xdela 360 degree sgt..
utk thn 2013 nnt,me promise myself,me nk create sumtin under my own label..
iaitu...PENCIL BIHA COLLECTION...apa 2?tungguuuuu ye....
me rasa excited sgt nk capai impian yg satu ni...
sbb me dpt rasakn yg me akan success...dgn usaha doa and tawakkal,insyaAllah...
emm nk ckp apa lg eh...
cukup utk kali ni dulu..
c u next time..
daaaa...
Thursday, October 18, 2012
Friday, September 14, 2012
intro baru..dh lama tak update kn.. :-)
actually dh lama sgt me tak update blog ni..sebab pertama-tamanya..tak ada cukup masa utk di peruntukkan utk me menghadap laptop..huhu...nak kata me ni kerja,tak kerja pn..nak kata me ni full time housewife pn tak jgk c0z me ni mcm berkerja..as u all know me ni seorg isteri and jgk seorg ibu..isteri kpd mohd fariz ezwan bin zuki,kekasih hati and jgk sahabat sejati me..dia lah suami,dia lah sahabat,dia lah musuh(kdg2,hihi)..and me ibu kpd nur alya farisha..permata hati kami..me masih mencari and mencari kerja yg sesuai..skrg ni kos sara hidup dah meningkat..if seorang je yg kerja,blm blh nk hidup mewah...oleh sbb yg demikian,ayat xleh blah...hihi...me nk mncari kerja yg sesuai dgn kelayakan me...bkn nk demand tp bia brbaloi dgn penat lelah me blaja..huhu...bisnes?me pn brminat nk buat bisnes..nk involve dlm bisnes...org ckp dgn buat bisnes,blh cpt kaya..tp kena dgn caranya lah..plan terbaru me...me nk blaja menjahit..nk upgrade kemahiran yg ada dlm diri..setakat jahit kain sarung tu,blhla..hehe...lagipun once dh berkerja nnt,tak rugi pn if ada kemahiran..bila dh ada modal nnt and ada kemahiran,baru blh nk buat bisnes..me pny impian..nk ada umah sendiri sblm umo cecah 30thn..nk dapatkan keta idaman..me ada 5thn lg utk realisasikn impian tu..insyaAllah...doakan me okeh!
see you next time with new story!
Tuesday, September 11, 2012
petua oh petua!!
Petua Melayan Suami
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
realitinya....
Sempurnanya Allah mengatur perjalanan hidup manusia, dikurniakannya nikmat dan rahmat yang berterusan pada kita dalam setiap tahap kehidupan. Namun bersama dengan setiap anugerah Allah itu, datang ujian dan tanggungjawab yang berat. Salah satu anugerah Allah yang sangat berharga dalam kehidupan manusia ialah kurniaan suami atau isteri dan pernikahan.
Suami adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga berjuang dengan fitrahnya yang sentiasa ingin mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan fikiran dan perasaannya yang unik sebagai lelaki, yang semestinya berbeza dari minda dan jiwa seorang perempuan, seorang suami yang mengenal hakikat kehidupan akan berusaha memberi yang terbaik kepada perempuan yang sangat dekat dalam hidupnya, yang bernama isteri.
Dengan kelebihan fizikalnya, suami menjadi pelindung dan peneguh kepada isteri yang juga berjuang mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan kekuatan ilmu dan iman, seorang suami mampu menjadi pembimbing, penasihat dan teman terbaik pada isteri. Seorang suami juga bertanggungjawab mengetuai perancangan dan aturan masa depan keluarganya dengan membuat keputusan – keputusan penting untuk kebahagiaan dan keberkesanan keluarga yang dibina, tentunya ini dengan bantuan isteri yang menjadi pendorong utamanya.
Namun realiti waktu kini memaparkan sukarnya mencari lelaki yang mampu menjadi teman terbaik. Umpama mencari sebutir permata di kawasan pasir putih yang saujana mata memandang. Saudara muslimah di sana sini ada yang sering bersedih kerana keadaan suaminya yang nampak macho dan gagah, namun kurang rajin dan tidak produktif dengan tanggunggjawab kerja di luar rumah, juga tidak membantu kepenatan isteri mengurus rumahtangga. Jika pun tidak membantu kerja-kerja rumah, bantulah menghibur emosi isteri dengan pujian dan penghargaan. Jua kata-kata cinta yang menenangkan.
Kerap juga didengari, suami yang diharapkan berkongsi ilmu, sering tersasar dengan perbuatan yang tidak bermanfaat, yang mengundang duka di jiwa isteri. Suami yang diharapkan berkongsi kekuatan iman, rupanya sering lalai menunaikan solat dan tidak berminat mendalami agama, sedangkan jiwa isteri memutik rasa untuk mendalami agama Allah dan RasulNya. Isteri jua makan hati dengan akhlak suami yang kasar dan tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.
jangan pernah berhenti bercinta..
Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.
Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin "bisu". Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. "Mati kutu" memanjang.
Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.
Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga bagi pihak suami, sudah lali mendengar "siaran ulangan" yang kerap diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang... tidak ada cerita baru!
Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, sisuami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi "mediator" secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.
Oh, maaf... saya tidak bercakap tentang "orang baru" yang masih berbulan madu, ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama. Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?
Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.
Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.
Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi pendengar, mesti ada "penuturnya". Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.
Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja, tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan mewujudkan diam yang panjang!
sy sayang suami sy..dia adalah yg terbaik..
Subscribe to:
Comments (Atom)
