Sunday, November 18, 2012

Hijrah...

Me perlu berhijrah...yuhuuuu(hihi sengal adabiha nih!)...untuk menjadi yang lebih baik...and jgk yang terbaik! supaya tahun baru islam ni menjadikan me antara org2 yang success dlm kehidupan and mendappat hidup yang lebih cemerlang dan diredhai olehNYA.. amin...

New Handbag!

Yuhuuu...hihi..mcm best je post title ni kan...new handbag..ape yg new eh?...em wanna share wif all of u..=) i got new handbag...tp blm dpt lg...maybe dlm 2 3 hari lg dpt k0t...xsabar nk jejalan dgn new handbag...huhu... taraaaa....
hehe..ni la bag yg me bli tuh...cntek x? if anda semua berkenan, boleh visit fb saya at:

Wednesday, November 14, 2012

Tahun Baru 1434 hijrah...

Salam tahun baru maal hijrah...emm apa azam tahun baru ni ek...me rasa me nk upgrade evrythings yg blh di upgrade termasuklah my life skali...org ckp from zero to infinty...hihi...me rasa me nak stat dr bwk balik...buat masa skrg ni me rasa me nk campak my degree jauh2...nk smpn dlu...dk diam2 dlm kotak 2..hihi...me ada apply khusus jahitan...if dapat me akan stat klas jahitan awal thn nnt kot...me nk timba ilmu dlm bdg jahitan pulak...agak jauh mnyimpang dari my study dulu2...tp itu utk nk upgrade me pny kemahiran..kalau Allah izinkan...apa yg me rancang akan berjalan dgn jayanya..segala impian and angan2 utk me bkerja me letak tepi dulu...if ada yg dtg,me grab...if xde me x kecewa sama skali...sbbnya skrg me xharap pn utk bekerja..(tp harapan tu tetap ada..sbb dr matrik smpi u lbh kurg 5thn me mngabdikn diri me dgn buku tu smua...hihi..BERKIRA)...n now me nk tutup smua buku2 lama...n me nk buka buku baru...dlm masa sthn akan dtg,me akan buktikan pd smua...insyaAllah..even nmpk mcm me ni eager sgt,tp xpe k0t...>,<

Monday, November 12, 2012

enough only once!!

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya? Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya. Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran. Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita. Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya. Ingat!Pegang prinsip ini selalu ye ADABIHA…

Ketenangan yang dicari....

Di pagi hari, bangun mensucikan diri untuk solat subuh dan kemudiaannya berdoa dengan kusyuk dan tenang. Memohon dilimpahkan rahmat Allah kepada kita dan pasangan serta ahli keluarga. Lebih baik jika mampu bangun sebelum subuh memohon ampun membina kekuatan dalaman. Jangan lupa lazimkan hati dengan zikir pagi yang diajar Rasul SAW, yang membawa kita merenung erti hidup bertuhan dan tidak lupa zikir memohon perlindungan dari godaan syaitan. Bukankah syaitan punya misi mengucar-kacirkan persaudaraan, meruntuhkan pernikahan...? Jika hati kita kosong dari petunjuk tuhan, bersedialah menghadapi persengketaan yang dihembus syaitan yang berlegar di sekeliling kita. Jika ingin menegur kesilapan pasangan, berusahalah menegur dengan tenang. Jika timbul rasa marah dan tak puas hati dengan sesuatu isu, luahkan dan bincangkan dengan tenang. Masalah hidup dan tanggungjawab tidak pernah habis. Namun dalam rumahtangga, harus diusahakan masa untuk sembang-sembang memberi perhatian dan memberi sentuhan yang menenangkan. Ya, bukannya mudah untuk merasa tenang, bukannya mudah unuk ketenangan meliputi suasana rumahtangga kita. Tapi ia mudah dan selalu terjadi buat pasangan yang selalu mengikat hati dengan tuhan. Mempamer wajah yang tenang dengan senyuman kerana ia mengharap keredhaan tuhan. Melayani pasangan dengan baik, walaupun pasangan telah melukai hatinya, kerana ia memilih memaafkan kerana Allah. Bagaimana sekalipun sikap keras pasangannya, dia tetap memilih kelembutan dan kesabaran kerana Rasul adalah teladan.Ia tidak mahu membalas dengan keburukan, kerana hatinya amat yakin, di akhir kehidupan, semua ini adalah urusannya dengan tuhan.Pasangannya hanyalah satu bentuk kurniaan dan ujian Allah. Ayuh kita cipta ketenangan, dengan DIRI KITA SENDIRI yang memulakan memberi kemaafan, mencari sisi positif pasangan, memberi perhatian dan kasih sayang, membiasakan kelembutan dan kesabaran kerana kita sangat inginkan redha dan rahmat tuhan. Justeru, insan-insan yang memahami hakikat kehidupan, akan memperoleh ketenangan dalam pernikahan kerana Allah adalah tujuan, Rasul SAW menjadi suri teladan sepanjang zaman. Mungkinkah ada cara lain mencipta ketenangan jika tuhan selalu dibelakangkan, bimbingan rasul tidak dititik beratkan..?